Wednesday 28 November 2012

Telur Tapau Aneka Rasa

Cakap pasal tapau, dah semestinya sesuatu yang berbungkus terlintas di fikiran. Memang dah selalu orang buat di kedai-kedai makan. Kali ini, jom kita ber "tapau" di dapur dengan menu hidangan hari ini iaitu Telur Bungkus Aneka Rasa. Bagi mereka yang suka makan makanan yang simple dan lengkap dengan pelbagai rasa, resepi ini adalah salah satu cadangan untuk santapan anda. Selamat mencuba... :)


Bahan-Bahan :
  • 6 biji telur
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 4 ulas bawang putih (didadukan)
  • 1 biji kentang (didadukan)
  • 1 batang carrot (didadukan)
  • sedikit daging ayam -bahagian dada (dipotong nipis)
  • 3 batang crabstick (leh gak guna isi ketam)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu besar chili powder (bancuh bersama sedikit air)
  • 1 sudu besar black pepper
  • 1 kiub pati ayam
  • sedikit daun sup
  • sedikit garam,
  • gula
Cara masakan :
01.Tumis bawang besar,bawang putih. Bila dah garing, masukkan black pepper..
02.Kemudian, masukkan ayam dan crabstick. Bila ayam dah kecut, masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, tomato puri,kiub ayam dan serbuk kari...
03.Bila dah nampak garing, masukkan carrot dan kentang..Biar sampai empuk...
04.Kemudian boleh la masukkan daun sup...
05.Angkat and asingkan di dalam bekas..
06.Dadarkan 3 biji telur di dalam kuali.... kemudian letakkan bahan2 inti tadi di atas telur tersebut... tnggu kering sedikit then dadarkan 3 biji telur lagi kat atas inti tu.....
07.Terbalikkan telur tersebut. Bila dah masak angkat and boleh dihidangkan.
             p/s  : Saiz hidangan : 3 orang


No comments: