Hai hai hai.. petang ni aku nak buat 1 entri tentang MASAKAN!! Masakan ape?? namenye coroquette... coroquette adalah sejenis snek berbentuk bujur dan kelihatan seperti nuget. Orang jepun memanggil coroquette sebagai korokke . Isi Coroquette ialah kentang dan beberapa bahan lain. Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang susah makan, Anda boleh cuba menghidangkan Coroquette untuk anak-anak anda.Kalau bagi yang belum kawen,sdap dihidangkan mase lepak2 dengan rakan2 :)
jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk membuat coroquette.
Bahan-bahan :
Cara masakan :
01.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
02.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
03.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa
04.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
05.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
06.Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
07.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
08.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.
4 comments:
hukhuk..
nampak sedap neh. bolehla saya try nanti..
eheheh.
tems share resepi ni :)
wah. .nmpak sedap. .b0ley la akak try nt okays :)
Nampak sedap.. ! nak satu boleh? hehe :P thnx for sharing this resepi ^^
nuna : try jgn tak try :) welcome
farhah : lau akk da try,anta kat umah sy sparuh ye
kawaii : sile la amek..jgn malu2..welcome :D
Post a Comment