Saturday, 4 February 2012

Sedapnya Coroquette

Hai hai hai.. petang ni aku nak buat 1 entri tentang MASAKAN!! Masakan ape?? namenye coroquette... coroquette adalah sejenis snek berbentuk bujur dan kelihatan seperti nuget. Orang jepun memanggil coroquette sebagai korokke . Isi Coroquette ialah kentang dan beberapa bahan lain. Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang susah makan, Anda boleh cuba menghidangkan Coroquette untuk anak-anak anda.Kalau bagi yang belum kawen,sdap dihidangkan mase lepak2 dengan rakan2 :) 
 jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk membuat coroquette.
Bahan-bahan :
  • 3-4 biji kentang
  • seledri atau daun bawang yang dipotong halus 
  • 1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
  • v150 gram ayam atau daging cincang
  • serbuk roti
  •  cheese
  • 2 biji telur yang dipukul
  • garam
  • lada sulah
  • minyak untuk menggoreng 

 Cara masakan :
01.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
02.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
03.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa
04.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
05.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
06.Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
07.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
08.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.




5 comments:

Nuna Alfe said...

hukhuk..
nampak sedap neh. bolehla saya try nanti..
eheheh.
tems share resepi ni :)

FaRhaH NaJwa said...

wah. .nmpak sedap. .b0ley la akak try nt okays :)

Kawaii_Gurlzz said...

Nampak sedap.. ! nak satu boleh? hehe :P thnx for sharing this resepi ^^

Nurul Zafirah said...

nuna : try jgn tak try :) welcome
farhah : lau akk da try,anta kat umah sy sparuh ye
kawaii : sile la amek..jgn malu2..welcome :D

V said...

JOM MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,national geografi, discovery channel dan banyak lagi  DI >> http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai saiaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda