Monday, 5 September 2011

Ayat yang tak patut dicakap oleh lelaki !!


Wahai lelaki !! Ayat ni akan membuatkan awek korang merajuk n marah gegile baban kat korang...tapi lau awek korang tu jenis "ade aku kesah??".. korang cakap je ayat ni hari2..huhu.tapi..lau hubby aku cakap camtu..aku cakap camni je "syg,,,madu awak tu...lagi hensem dari awak,hot dari awak,perfect kalau jadi husband saya!!" hahahaha.gurau jew..ok laa.. jom bace... :)

1. You ni sama je macam ex-gf I :
No, no, never! Lupakan masa lampau korang. Bercakap tentang ex-gf korang boleh menyumbang pelbagai masalah pada hubungan sekarang. Ini mungking menyebabkan gf korang fikir yang korang still tak lupakan dan masih sayang ex korang.

2. Baju ni buat you nampak gemuk la :
Jangan sesekali cuba cakap menda ni walaupun dia tanya. Sebab kalau dia direct tanya pendapat korang, apa yang dia harapkan dalam diam ialah “ ok je sayang.. You nampak cantik pakai baju ni. “ Kalau korang kejutkan dia dengan jawapan jujur macam memula tadi tu, dia akan fikir yang korang cuba ubah dia dan tak suka dengan diri dia sekarang.

3. You pregnant ke?
Wanita pun manusia dan selalunya ‘berat’ diorang timbul di tempat yang salah. So, bila korang nampak ada ‘porch bag kecik’ kat perut dia, jangan sesekali korang berani buat statement tu melainkan korang 100% pasti. Kalau tak, bersedialah untuk menghadapi dendam amarah selagi dia masih hidup di muka bumi ni.

4. I lagi bagus dari ayah you :
Wanita sayangkan ayah diorang. Tak kisah lah siapa yang hadir dalam hidup diorang, ayah akan sentiasa jadi hero diorang. Tak ada sesiapa pun yang boleh ambil takhta tu dalam hidup seorang wanita. Jadi, melainkan korang nak diorang fikir yang korang ni orang jahat , jangan sesekali berani cakap macam tu.

5. Cun la perempuan tu :
Jangan cakap ayat ni melainkan korang tujukan pada dia. Ini lah ‘dosa’ paling besar yang korang boleh buat dan dia akan buat konklusi sendiri tentang karakter korang. Ini adalah benda yang korang cakap dengan kawan – kawan lelaki , dan semestinya bukan dengan awek. Di saat korang keluarkan ayat ni, dia akan mula rasa cemburu dan tak selamat. Jangan jemput masalah ye. Kalau korang nampak perempuan lain secomel ‘barbie doll’ pun, simpan je pujian tu dalam hati.

6. I tak suka rambut baru you :
Rambut wanita ni bahagian yang sensitif. Terutamanya jika dia dah bersusah payah nak bersiap. Walau kelihatan teruk dan mengerbang macam mana sekali pun, korang tak dibenarkan untuk cakap apa-apa yang negatif tentang rambut dia.

7. I tak suka best friend you:
Sesiapa yang cakap benda-benda tak elok tentang kawan baik diorang , secara automatik akan jadi musuh diorang. So, walaupun kawan baik die mulut becok, gedik dan sangat mengjengkelkan , korang terpaksa bertahan dengan diorang.

8. I love you:Wanita cenderung untuk jadi emosional bila 3 perkataan ni dikatakan pada diorang. Bila korang dah beritahu yang korang cintakan dia , dia takkan ambil masa yang lama untuk bawak hubungan korang ke tahap yang seterusnya. So, jangan sesekali cakap ayat ni KECUALI korang memang betul-betul maksudkannya.


5 comments:

EiQa LyKa said...

mmang x patut pun lelaki ckap cm 2...wat skit hati jew...nsib baik still single

♥ Nazratul Hidayu ♥ said...

entry menarik ne.. hihi ~

Nurul Zafirah said...

eiqa : hehehe...
hidayu: thanx

♥ riya ♥ said...

betul betul betul !

Nurul Zafirah said...

:)