Friday, 21 October 2011

6 Sebab Lelaki Sedih Bila Putus Cinta


1. Banyak duit dah dihabiskan untuk si dia
Point ni aku rasa ramai dah kot lelaki yang sudah terkena. Ya betul, time couple biasalah tu belanja makan, beli bunga, tengok wayang pa semua tu... standard la kan, tapi ni sampai beli MacBook Air Pro atau Samsung Galaxy Tab 10.1 kat dia SEBIJIK! pe cita ni bro. Ni dah lebih....haha, sedangkan pakwe dia masih pakai Nokia 3310. So, bila dah putus tu..... takkan nak minta balik kot?

2. Heboh kat member-member, sanak saudara, makcik jual nasi lemak (Bangga tak bertempat)
Ni pon aku percaya mesti bila dah dapat pikat si dia, mesti nak 'menunjuk-nunjuk' awek dia kat member2, sanak saudara atau makcik2 kononnya macam dalam dunia ni dia sorang je ada makwe!. Bila kawan ajak lepak bagi alasan sibuk tengah shopping ngan awek dia kononnya, kiranya dia bangga la. Haha....tapi malangnya time putus SENYAP sepi tanpa khabar berita bila member tanya pandai bagi alasan....kan dah dapat MALU!!

3Kena kutuk dengan member
Walaupun point ni lebih kurang sama dengan point no 2 tu tapi aku saja nak expand sikit point ni supaya aku leh terangkan kat korang lebih jelas lagi. Bila dah putus baru nak rasa MALU (sorok muka kat tembok pon tak guna lagi dah) Tu takpe lagi, mesti lagi sedih kalau kena kutuk kaw2 dengan member. Haha.... aku tak leh nak imagine macam mana sedih+malu dia terpaksa hadapi masa tu (ketat muka nak cover) mungkin dia tak keluar rumah seminggu atau mungkin dia off phone 2 minggu or dia memang JENIS TAK TAHU MALU!.

4. Teringat balik kenangan bersama si dia
Time couple tu, mesti ada keluar ayat2 macam ni. "Kalau kita kawen, abang nak 18 orang anak", "awak bagaikan bidadari dalam hati saya " atau "saya tak kisah awak kurus ke, gemuk ke, montel ke saya tetap akan terima awak seadanya". Ok, aku nak cita kat korang ayat JIWANG ni memang luahan palsu2 belaka sebab time tu syok couple ngan dia kentut pon bau wangi  beb!. Bila dah teringat kat dia, mesti lah sedih sometimes tu tak boleh nak lupakan dia... almaklum lah cinta pertama la katakan.

5. Dia tayang pakwe baru dia
Last point ni paling tak boleh blah bagi aku walaupun entry ni 5 sebab kenapa lelaki sedih bila jatuh cinta, tapi bagi aku point ni paling lawak. Aku saja kata lawak mungkin sebab aku sorang aje kot rasa point ni lawak dan korang akan rasa point ni sangatlah sedih. Haha. Betul la tu..... mesti panas, terbakar, meletup hati  lelaki tu bila dia tayang pakwe baru dia kat korang atau terserempak dia dengan pakwe baru dia kat warung mak limah contohnya. Bagi aku, aku takkan sedih langsung sebab sah2 la dia ni jenis GOLD-DIGGER semata2.


6. Tak sempat meratah tubuh si dia.
Ok....aku malas nak ulas point ni sebab aku tahu sangat-sangat korang mesti faham punya. Kalau tak tahu tu aku SALUTE la sebab mesti iman korang sangat tebal kan?. Lol!



Tu je la.... :D 

2 comments:

Farhana Jafri said...

yg last tu mmng trbaik!! thumbs up for u dear.. great reasons why diorang upset bila brek-up.. nice entry! love it!! :D

Nurul Zafirah said...

thanx sis