Wednesday 7 September 2011

Kenapa orang putih dipanggil Mat Salleh??

Blogger2 sekalian...harini aku nak buat 1 n3 yang berkaitan ngan Sejarah...tadi mase kat sekolah...waktu matapelajaran Sejarah...belajar pasal Mat Salleh..bukan orang putih tuu...pastu..ade la sorang kawan aku tanye cikgu aku camni :

Murid A: cikgu,nape orang putih dipanggil Mat Salleh
Cikgu I : kenape?? Wallahualam...cikgu pun tak tau

Cikgu aku ni baru je lagi dalam mengajar matapelajaran sejarah..so mane r dye taw an...skang..aku nak tolong jawabkan...camni citenye.......

Yang ni asal usul sebenar "Mat Salleh"

Masa penjajahan British dulu, ada satu kapten tentera laut British yang hendak singgah ke Australia, tapi singgah di Malaya untuk mengisi semula bekalan makanan dan air. Kapten tu bernama Mud Sulley (disebut "Mad Salli"). Mud Sully ni kaki botol dan selalu minum arak.

Pada satu ketika, Penasihat British di Selangor pada masa itu (tak pasti siapa) ada menjemput Mud Sulley untuk mengadap & makan bersama Sultan Selangor (tak pasti Sultan yang mana satu - mungkin Sultan Abdul Samad). Penasihat British tu tak tau kelakuan Mud Sulley yang teramat sukakan arak. Bila mereka berdua makan semeja dengan Sultan Selangor di istana, Penasihat British tu bertanya dalam Bahasa Melayu dekat Sultan Selangor, "Tuanku, mengapa Tuanku & orang-orang Melayu makan dengan tangan?". Sultan tu terus jawab, "Beta & orang-orang Melayu tidak guna sudu dan garpu macam kaum kamu semua sebab sudu & garpu tu la yang masuk ke dalam mulut macam-macam jenis manusia. Kadang-kadang anjing pun kamu suap makanan dengan sudu. Tangan Beta ni hanya masuk ke dalam mulut beta sahaja". Terus Penasihat British tu terdiam.

Mud Sulley yang tak faham apa yang mereka cakap, sesudah makan, teringin nak minum arak, lalu bertanya kepada Sultan yang faham berbahasa Inggeris dengan rasa bongkak,"What kind of a dinner is this without rum or wine?" Sultan dengan marahnya menghalau mereka berdua kerana telah melampaui batas. Sejak itu, nama Mud Sulley menjadi "benchmark" kepada Sultan untuk orang-orang British yang kurang ajar.

Lama-kelamaan, nama Mud Sulley telah berubah kepada Mat Salleh, hasil pergaulan Sultan dengan pembesar-pembesar Melayu dan rakyat. Nama Mat Salleh tu juga bukan setakat merujuk kepada orang British yang kurang ajar, malah orang-orang berkulit putih (caucasians) di seluruh dunia.

1 comment:

Unknown said...

Kebanyakan om putih dtg tempat kita keja bersalai ja tepi pantai jd mmg dulu digelar nama mat salle.. pendapat aku laa.